Kasih Berlandas






Amal  yang ralit bersembang dicelah-celah kelompok pemegang saham yang lain dihampiri.


Langkah Fakhri yang makin mendekat dan tujahan persoalan dari Ameer yang tak sudah-sudah meresahkan. Kepala dipusing ke sekeliling. Kelibat yang mendekat menjadi tumpuan mata.

“Hai!”

Kaki terhenti. Mata tepat di wajah Amal.

“This is my partner…”

Lapan pasang mata melekap tepat ke wajah Edy.

Sengih ditarik. Kaki mendekat. Tangan di hulur pada Ameer yang tercengang. “Edy.”

Hujung atas tudung ditiup kuat. ‘Selamat!’

“Ameer.”

“Lisa. Nice to meet you.” Kepala ditunduk sedang.

Suasana yang hening mula beransur normal. Masing-masing kembali rancak bersembang.

“I will send my rombongan then..” Bisikan yang hampir ditelinga mengalihkan wajah tepat mengadap Edy. 
“Huh?”
“We are dating right?”

Kening dijungkit. Pinggir bibir mula tarik senyum. “Err..just..”

“Nenek saya cakap, tak baik dating lelama. So this weekend I will send my rombongan.” Bibirnya tak lekang dari senyuman. “See you. Assalamuallaikum.”

Langkah Edy yang mula menjauh mengembalikan kenormalan otak. Bibir spontan melepaskan tawa. “What a funny-messy day!”


Cocktail dicedok. Sudu the disisi meja dicapai.

“Sejak bila kau date?”

Senyuman menguntum dibibir. “Sejak semua orang jadikan aku calon menantu untuk mak!”

Lisa gelak. Amal geleng kepala.

“Penat!”
“Tak faham betul aku dengan Ameer tu..”
“Aku lagi la tak faham!” Kepala dah tergeleng tanpa sedar.
“Bukan hari tu dia dah tunang?”

Bahu dijungkit. “He say, he make a wrong decision. After all… Yeah!”

Lisa terlopong. “Hek eleh mamat ni! Masalah betul…”

“I always become a last choice!” Gelak.
“Dia tu yang senget campur rabun…”

Pinggan spaghetti dicapai, sebelum kaki melangkah ke meja.


“Kau pergi mana?”

Edy yang tersengih bak kerang busuk dipandang curious.

“Salah tempat.”

Kening kanannya terangkat tinggi. “Tau la baru jejak tanah air. Tak kan dah lupa daratan kot…”

Ketawa kuat terlepas dari ulas bibirnya. “Perli terok! Jom!” Emran ditarik.


“So pe citer tadi?” Edy yang ralit menghirup sup dipandang.
“Aku tunang minggu depan.”
“WHAT?”

Edy panggung kepala. Hampir separuh kepala tertumpu tepat ke arah mereka. “Agak, agak la der!” Bibir tarik sengih. Tangan diangkat tinggi memohon maaf.

“Sorry.. Sorry..” Emran sengih kerang.
“Tak de angin, tak de rebut?”
“Ada la! Dah tu tak kan pokok bergoyang..” Hirisan buah kiwi dicapai.

Emran sengih. “Cu citer bagi clear bro! Pening dah aku ni..”

“Aku tersalah masuk hall. Tengah cari kau, someone say hai tu me. Then introduce aku as her partner..”

Rahang bawah dah terbuka luas. “Beraninya minah tu…”

Edy sengih. “She was trap.”

Kepala mengangguk. “Then apa kaitan dengan kau nak tunang?” Kening dijungkit tinggi.

“We are declare our relationship. So I better make a next move. Tak elok lelama nih…”

Edy yang mula bangun menuju ke meja buffet dipandang tak percaya. “Biar benor?...”

********

Pintu bilik yang ditolak kasar dari luar menganggu perbualannya.

“Err, sori Amal. I try to stopped him.”

Kening terangkat tinggi. “It’s ok.”

Fakhri menapak masuk. Amal yang masih dengan phone ditelinga dipandang. Kerusi ditarik.

“Ok. I will call you back.” Kerusi ditolak ke belakang. Laci dibuka. Remote control dicapai. Tirai yang menutup cermin kaca sisi kanan tersingkap.

“Yes?”
“Since when?”
“What?” Kening dah knitted.
“Last night.”
“This is office hour..”
“Semua tu tipu je kan?”

Bahu dijungkit.

“What are you try to prove?”

Nafas ditarik. “Macam ni la. Apa masalah sebenarnya? Can u just shoot to the point?”

“Amal kan adik abang..”

Diam.

“..marah kat abang?”

Pinggir bibir tarik senyum. “It’s already five years Adam Fakhri..”

Wajah itu tepat di mata.

“Are you still don’t get it, or just pretending?”
“Apa yang Amal cakap ni?”

Masih lagi tersenyum. “Terpulang..”

“Amal..”
“Sama ada lima tahun lepas, atau sepuluh tahun berlalu saya tetap Amal Ibtisam Hilaluddin.”
“Tapi abang kan dah anggap Amal macam adik abang…”

Kepala mengangguk. “Itu hak awak. Terpulang.”

Adam Fakhri tersenyum.

“..walau berjuta kali awak mention that word, saya tetap bukan yang halal buat awak.”
“Amal..”
“Listen.”

Fonsel yang bergetar dioff.

“Perhubungan yang kita bina walaupun berlandaskan kasih seorang ‘adik’ ia tetap tak menghalalkan batas-batasnya. Mungkin hari ini masih lagi berdiri dilandasan. Tapi tidak untuk esok, lusa dan tahun-tahun yang mendatang. Awak manusia, saya juga manusia yang bersifat lemah. Sering kalah pada pujukan sang durjana…” Mata dilarikan ke sudut bilik. “Can you just stop here? It’s tiring for such a long time..”

“Tapi kita ok jer sebelum ni kan..”

Nafas ditarik. “Which part you’re not clear?”

Fail hitam didepannya ditutup. “Adam Fakhri. Awak akan menuju ke arah satu perhubungan yang mengikat. Begitu juga saya. Kita masing-masing akan tergalas dengan tanggungjawab yang disulami dengan kepercayaan. What you will explain to her about our ‘realtionship’?”

Diam.

“She is my ‘adik’? Common’ la..it’s lame.”

Raut Fakhri dipandang tepat.

“Tell me. Isteri mana yang boleh terima? Wanita mana yang boleh tersenyum memahami?”

Kepala mula menunduk.

“Hakikat tetap sebuah hakikat walau kenyataan itu pahit untuk ditelan. Rasa itu bila diusir berlalu, suatu masa nanti ia tetap kan hilang pergi. Tiada kasih yang abadi melainkan kasihNYA buat hamba-hambaNYA.”

Bibir mengukir senyuman. Ikhlas dari dasar hatinya. “Rasa yang singgah disudut hati kita ibarat ombak yang terkadang pasang, dan ada kalanya surut. Lepaskan. Insyallah Dia Maha Penolong dan Penyayang..”

Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya.
Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya.
Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran.
Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar…
                                                                           -Hadis Abu Said al-Khudriy r.a-


Fonsel yang bergetar buat kesekian kalinya dicapai. ‘Home.’

“Assalamuallaikum.”
“Waalaikumusalam. Kamu kat mana?”

Dahi dah knitted. “Dekat pejabat. Kenapa Bu?”

“Kamu biar betui?” Di hujung talian, Puan Rina mengggelabah.

Kening terjungkit. ‘Apa yang tak betulnya?’ Sekeliling pejabatnya dipusing kalih.

“Kamu tak cakap pun rombongan pihak lelaki nak datang. Dah la kamu pun tak nampak batang hidung..”

“HUH?” ‘Rombongan bas sekolah?’
“Rin biar abang cakap..”

Suara Abah dihujung talian mengembalikan kewarasan akal.

“Assalamuallaikum. Amal sihat?”
“Waalaikumusalam Bah. Alhamdulillah sihat. Abah?”

Kepala diangguk. “Alahamdulillah. Ni haa ada rombongan merisik kamu. Kamu setuju ka?”

Kaki yang tegak terngandah.

“Amal? Kau ok tak ni?” Lisa pelik.
“Haa?” Lisa dipandang bingung. Kepala mengangguk. “Haah okie..”
“Bagus la macam tu. Senang la kerja Abah. Lagi satu pihak sebelah sana mintak nak tetap tarikh kahwin terus, tak payah tunang. Kamu ok ke?”

Rahang bawah terbuka luas. ‘Apekah?’ FOnsel ditelinga dibawa ke muka. ‘Bukan mimpi!’

“Amal?”

Fonsel kembali melekap ditelinga. “Ya Bah.”

“Macam mana?”
“Amal ikut jer Bah. Err…”
“Elok la macam tu. Haa kenapa?”
“Abah ok ke?”

Encik Hilalluddin gelak. “Apa pulak Tanya Abah. Kamu tu haa yang nak kahwin!” Mengusik.

Bibir tarik sengih. “Abah rasa?”

“Insyallah Dia hadiahkan yang terbaik buat anak abah. Istikharahlah. Abah bagi green light jer. Keputusan nikah kahwin tu kamu bincang la elok-elok  dengan Eidlan.”

“Terima kasih Bah..”
*******

“Assalamuallaikum..”

Kepala dikalih. “Waalaikumusalam.”

“Busy?”

Mata dilarikan ke sekeliling. Pasaraya Tesco yang bingit dengan perlbagai ragam manusia memenuhi ruang.

“I guess yes!” Bibir tarik senyum.

Mata kembali tepat ke wajah lelaki yang berkumis nipis dihadapannya kini. Hujung bibir tarik senyum. Kening kanannya sedikit terangkat.

“Edy..”

Troli kembali ditolak.

“Err, saya..”

Paket cili boh yang ingin dicapai Amal ditarik dan dimasukkan ke dalam troli.

Kening diangkat tinggi. ‘What you want?’

“Tak ingat saya?”

“Kenal ke?”

‘No wonder la acuh tak acuh jer. Memory lost!’ “Your partner..”

“Huh?” Kening dah bercantum.
“That night..You introduce me as..”
“Ouh!” Bibir tarik sengih. “Sorry. Lupa!”

Kepala diangguk kecil. “So?”

“Terima kasih banyak-banyak.”
“Naa…” Kepala digeleng.

Kening kanan dijungkit.

“I promise you that night right?”

Bahu dijungkit. Troli kembali ditolak.

Bibir tarik senyum nakal. ‘Main bahasa isyarat jer!’ “Abah tak de call?”

Badan berpusing 360 darjah. ‘Awak?’ Mata membulat. ‘Really did it?’

Bagai memahami, Eidlan mengangguk dengan senyuman manis dibibir.

‘Naaa…!’


Amal yang elok ditonton televisyen dipandang buat kesekian kalinya. Dahi dah berkerut tiga lapis dek giat berfikir.

“Kenapa tu?” Jus epal diteguk.

Bahu dijungkit. “Balik dari Tesco terus jadi macam tu..”

“Korang ada masalah kat office ke?”

Kepala yang elok ditongkat dengan tangan digeleng.

Amal yang masih statik turut dikalih pandang.


Remote ditekan mengalih siaran.

“Kenapa?” Amal yang tengah membetulkan posisi duduknya dipandang sekilas.

“Huh?”

“Buang tebiat dok renung televisyen ni pe hal?”

Bibir spontan tarik sengih kat Syira. Sisi kepala digaru berulang kali.

“Mamat tu..”

Amal dikalih pandang. Tepat.

“He really do what he say that night..”

“HAH? Si Edy tu?” Lisa berlari ke sofa.

Kepala diangguk lambat.

“Wahh…” Rahang bawah terbuka luas.
“So, apa masalahnya?”

Bibir diketap. Jejari mula bersulam. “Macam tak logik jer…”

“Apesal?” Lisa menyampuk pantas.
“Ye la. Tetiba jer.. Cinta pun tak. Tup tup nak set date..”

Kedua-duanya senyap.

“Lagipun kitorang tak terikat pun.”
“Hah?”
“Macam mana tu?”
“Dia just merisik. Parents aku dah on. Tapi tak tunang la..”

Lisa garu kepala. “Macam mana tu?”

“Dia cakap dia tak nak ikat aku sebagai tunang. Dia nak sebuah ikatan yang halal disisiNYA. Tapi dia faham situasi aku. So bagi aku fikir dulu..”

“Laa! Maknanya keputusan tu dekat kau la sekarang!”
“Aah!” Lisa angguk kepala.
“Tapi aku tak tau…”
“Istikharahlah. Insyallah Dia tunjukkan jalan..”

********

“Mengelamun!”

Kepala dipusing. Senyuman manis meniti dibibir.

“Miss me?”
“Little.”
“What?” Mata dicerlung.

Amal ketawa lepas. “Just joking..”

“Nak kena betul..” Amal ditarik ke pelukan. “How are you today?” Ubun-ubun isterinya dicium kasih.
“Alhamdulillah baik. Baby kirim salam kat Papa dia.”
“Waalaikumusalam..” Perut isterinya dilekap ke telinga. “Baby dengan Mama baca surah pe hari ni?”
“Surah Maryam, Yusuf dan Luqman Pa…” Suaranya dikecilkan.
“Bagus anak Papa!” Perut yang tak ketara kelihatan itu dicium.

Amal geleng kepala. “Office ok?”

“Banyak tender masuk. Alhamdulillah rezeki baby..”
“Alhamdulillah. Eid…”

Dagu yang terletak elok dibahu isterinya cukup mendamaikan. “Yes?”

“Macam mana Eid boleh confident I’m yours walau saat tu Amal langsung tak yakin?”
“Kenapa sayang tak yakin?”
“You never say that you love me.”

Eidlan tarik senyum. “ Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah s.w.t, aku tidak akan risau tidak dapat memilikimu kerana tidak mengungkapkan cintaku padamu, walau saat itu aku begitu mengagumimu dan menginginkanmu menjadi bidadariku. Kerana aku yakin jika engkau memang ditakdirkan untukku, engkau pasti akan menjadi milikku walau aku tidak mengikatmu...”

Bisikan lembut itu menyentak tangkai hatinya. Wajah suaminya ditatap. Jauh ke dasar.

“I believe in HIS qada’ and qadar..” Titis jernih yang membasahi pipi mulus itu disapu. “Love is wonderful. But without limitation ‘it’ will kill you.” Dahi isterinya dicium. “Cukup mencintai dengan sederhana…”

Bukankah jika ALLAH tidak mentakdirkan kita bersama, diikat pun pasti akan terlepas juga akhirnya?...



1954–nk



Comments

Popular Posts