Tok ! tok ! tok !...
“ Eid! kau hidup lagi tak ni? Woi bukak pintu ni. Karang aku karate baik punyer kang!” Iskandar dah mulai bengang, dekat 10minit dia dok ketuk bilik si Eid tapi still tak de respon.
“ Wei kau pehal memekik gaya ah long kutip hutang ni?” Aim muncul dari balik pintu bilik air.
“ Si Eid ni la… Tak kan membuta lagi siang-siang cam ni. Dah naik hysteria aku dok ketuk bilik dia!”
Aim melangkah ke arah ruang tamu sambil tangannya giat mengeringkan rambut dikepala. “ Macam tak kenal si Eid. Kau ketuk sampai roboh pun belum tentu dia sedar, kalo dah dua-dua belah telinga disumbat…” tangan still sibuk mengelap rambut yang dah separa kering, mata meliar disekitar almari kabinet. “ Nah.” Kunci bilik Eid dihulur, seraya kaki melangkah menuju ke biliknya.
“ Wei bro! jom keluar lunch.” Serentak bahu Eid ditepuk kuat.
“ Huh…” spontan Eid toleh belakang. ‘Ishk la mamat sekor ni! boleh ‘Inalillah ‘going through the underground aku cam ni! Mati katak ja…’
“ Amad dengan Pacai join?”
“ Diorang jalan dari kampus. Kau nak join tak ni?”
“ Join. Aku tukar baju sat.”
*****************
“ Eid kau punyer paperwork dah submit belum?” Iskandar menjerit kuat ke arah Eid, melawan kebisingan jalan raya yang disusuri mereka bertiga. “ Yang mana?” Eid jawab gaya apathetic dek khusyuk menatap brochure ditangannya.
“ Prof Samuel punya.”
“ Kau mamai ke hape? Bukan paper prof ayam belanda tu dah ambik last sem? Kau amnesia ke Is?” laju eid membackhand Iskandar.
“ Lol sakit la bro! Ingat bahu gua tak de insurans ke? Acah sikit je kot. Tak kan sentap bro!” bergegar bahu Iskandar dek menggelakkan Eid.
Hampeh la budak ‘kandaq’ ni! Aku campak tengah jalan ni karang baru tau langit tu tinggi ke rendah. Huh!
“ Paperwork Acc kelas Mr. Tom. Budak-budak ni dah bising, ramai yang punya paperwork kena reject. Kau jer aku tengok steady cam baldi. Mana la tau kot-kot kau senyap-senyap ni, makan sorang.”
“ Paperwork boleh makan ke?” sampuk Aim tetiba.
‘Ni sekor mamat unplugged! Kefahaman bahasa melayu yang selalu failed! Heran gak aku cam ner beliau mendapat kerakyatan as warganegara Malaysia…’ Iskandar bengang.
“ Si Is ni asal lapo jer semua benda dia nak telan.” Eid provoke.
“ Patut la aku terdengar-dengar lagu rock gendang gendut tali kecapi! Kebuluq rupanyer member kita ni der!” Aim dengan Eid bantai gelak. Kaki terus melangkah menuju ke destinasi.
*********************
“ Assalamuallaikum.” Salam dihulur serentak oleh mereka bertiga.
“ Waalaikumusalam.” Pacai dan Amad menjawab serentak.
Masing-masing terus menarik kerusi, punggung dilabuhkan, melepaskan lelah yang tersisa. Eid mencapai mug yang terletak elok depan Pacai, diteguk laju membasahkan tekaknya yang kehausan.
“ Yo! cemberut cam terkena sembelit jer bro. Pe citer?” Pacai tepuk bahu Iskandar.
Serentak dengan itu pecah ketawa mereka di sudut penjuru kafe. Kebingitan gelak tawa mereka tidak sedikit pun menganggu suasana kafe yang tengah crowded mengalahkan pasar harian dengan pelbagai gelagat manusia.
*********************
“ Eid, kau balik tak summer ni?”
“ Hurmm…” Eid khusyuk mengadap kerjanya.
“ Kitorang cadang nak balik summer break ni. Lama dowh tak jejak bumi terchenta!” Pacai tarik sengih sensorang, terimbaukan kenangan lama.
“ Tengok la…”
“ Kalau kau nak balik, bagitau la. Boleh book tiket sekali.”
“ Oraite.”
**********************
Di pagi yang hening…
“ Wei turn sape masak ni? Dah kebuluq ni!!” jerit Iskandar lantang sambil tergolek-golek kat atas sofa di ruang tamu.
Amad yang baru selesai melepaskan hajat dan segala urusannya kat toilet menjadi mangsa pekikan Iskandar. ‘Terencat hape dak ‘kandaq’ ni! Asal jeritan kebuluran berkumandang mesti dari suara sumbang beliau! Hape ke beso nyer perut mamat sekoq ni, kebuluq memanjang…’ Amad mengomel perlahan, kaki melangkah ke biliknya.
“ Pe kes dak ‘kandaq’ dok jerit lagu cd rosak tuih?” Aim yang tengelam dengan buku tebalnya, menjengukkan sedikit kepalanya ke arah Amad.
“ Kes benda lagi kalau bukan kebuluq. Dah nama pon lagi ‘kandaq’ 24 jam dok ingat nasi!” Amad bantai gelak.
“ Patut la hysteria semacam.”
“ Wei, turn sape yang masak hari ni?” Amad melontar baju kotornya ke dalam bakul.
“ Bukan Pacai?”
Amad melangkah perlahan menghampiri Iskandar yang sedang terbongkang depan tv. Dia yang tengah dok khusyuk layan channel AXN tidak sedar akan kehadiran Amad. Kakinya yang elok dilandingkan kat atas meja disepak laju.
“ Woi!”
“ Agak-agak la der! Kot yer pon kebuluq, adat kesopanan haruslah dijaga. Ingat meja ni tempat melandingkan kaki busuk kau ke?” Amad angkat kening ala popeyenya.
Iskandar buat bodoh. Dia dah hilang mood nak bertekak dek penangan konset rock yang tengah berdendang rancak dalam perutnya.
‘Ishk, parah bebenor dak ‘kandaq’ ni…sampai terbisu tetiba ni, dashyat!’ “ Kau ni kan ‘kandaq’ nak kata tak cerdik elok jer belajo sampai kat luaq negara ni. Benda yang the small matter laguih ni pon kau tak leh settle, tak leh nak kata apa la…” Amad menggeleng-gelengkan kepalanya, dah rasa malas yang amat nak ulang cakap benda yang sama setiap hari.
“ Dah tau kebuluq, tak reti-reti nak isi sendiri gamaknyer. Kalau dah rasa diri tu pemalas tahap panda pi la kejut si Pacai suruh masak. Dari dok melangut tunjuk perasaan gaya ntah apape ni boleh kenyang la…” Amad sambung bebel sambil bangkit dari kerusi melangkah ke arah dapur.
‘ Haik! Rasanya aku dah tinggalkan mak aku kat kampong. Cam ner suaranya boleh kedengaran sih? Homesick?’ naaaa…
“ Eid, weekend ni brothers Amin ajak join diorang. Kau free tak?”
“ Dia ada cakap ngan aku. Tengok la. Aku de hal sikit.” Eid still statik, mata penuh concentrate menala kat skrin tv, mengikuti setiap arah pergerakan bola yang ditendang.
“ Ok. Hurmm…lagi satu, abang Shidi bagitau pasal donation yang kau kumpul tu Alhamdulillah agak besar jumlahnya. So aktiviti kita yang dalam perancangan tu insyaAllah dapat dibuat. Dia sampaikan salam ‘assalamualaikum’ kat kau sekali.”
“ No hal. Waalaikumusalam.” Mata still menala kat skrin tv.
“ Budak tiga ekoq tu pi mana? Sunyi jer…” Pacai memanjangkan tengkuknya meninjau sekeliling rumah sewa mereka.
“ Keluar. Katanya pi cuci mata.” Spontan gelak pecah dari mulut Pacai.
Kedua-duanya senyap. Hanya suara ulasan perlawanan bola sepak dari peti televisyen kedengaran, memecah hening suasana rumah sewa mereka. Selesai menonton tv, Eid bangkit menuju ke biliknya. Manakala Pacai bangkit melangkah ke dapur, pintu peti ais ditarik malas. Botol air sejuk dicapai dan diteguknya rakus. Dia mencapai sebiji epal dan terus digigitnya, manis ! Kaki yang diatur perlahan melangkah ke ruang tamu tiba-tiba kaku dihadapan pintu bilik Eid.
Kedua-duanya senyap. Hanya suara ulasan perlawanan bola sepak dari peti televisyen kedengaran, memecah hening suasana rumah sewa mereka. Selesai menonton tv, Eid bangkit menuju ke biliknya. Manakala Pacai bangkit melangkah ke dapur, pintu peti ais ditarik malas. Botol air sejuk dicapai dan diteguknya rakus. Dia mencapai sebiji epal dan terus digigitnya, manis ! Kaki yang diatur perlahan melangkah ke ruang tamu tiba-tiba kaku dihadapan pintu bilik Eid.
Eid still tak sedar akan kehadiran Pacai. Dia masih leka dengan lappynya. Pacai dah melangkah masuk, mata still tak lepas memerhati setiap gerak laku Eid,still sama seperti dilihatnya sebelum ni. Kali ni Pacai nekad mencari jawapan untuk setiap persoalan yang timbul dibenaknya sepanjang hampir dua tahun berkongsi bilik dengan Eid, pemilik nama Idlan Haidar b Tarmizi.
Lagu ‘Pulp’ yang menjerit lantang dari fonsel milik Eid menyebabkannya menoleh ke arah fonselnya yang terletak tidak jauh dari kedudukan Pacai. Seketika kedua-duanya kaku.
“ Uik, bila kaumasuk? Tak perasan.” Setelah hampir lima belas minit terkaku, Eid memecahkan suasana kaku diantara mereka.
“ Dah agak lama.” Pacai straight, dah tiba masa dia shoot through the matter.
Eid kaku tanpa riak.
“ Who’s the gurl on your desktop? Your special’s one? Cantik. Did she hurt kau much? Setiap kali kau tatap gambar dia dan baca something that aku guess an email form her, in your eyes your sorrow show. Kau looked so pain…damn pain! Supposed aku rasa happy dengan relationship kau dengan dia? Benda ni bagi aku a damn of anger. Almost two year Eid... Kau boleh tipu diorang…tapi bukan aku. Aku tinggal sebilik dengan kau dah hampir dua tahun.” Tajam renungan mata Pacai menikam wajah Eid.
“Tipulah kalau aku langsung tak sedar perubahan kau. Tiap-tiap malam kau menangis hiba diatas sejadah bila kau ulang baca email yang sama, dan tatap gambar yang sama kat desktop kau selama kau jejakkan kaki kat bumi inggeris ni. Saat kau menangis kehibaan di atas tikar sejadah, aku rasa terkesan dengan kesyahduan dengan kekhusuykan kau mengadap sang pencipta, hinggalah aku tau yang punca tangisan kau..
"...Idlan Haidar, perubahan hanya kerana kecintaan yang mendalam pada seorang wanita boleh menghancurkan diri suatu hari nanti.” Pacai tunduk, nafas ditarik perlahan. “ Aku harap kau fikir terbaik untuk diri kau. Aku tak nak sahabat aku kecundang kerana cintakan manusia yang nyata hanya cinta yang sementara.” Pacai menepuk lembut bahu Eid, dia bangkit dari katil melangkah ke luar.
“Tipulah kalau aku langsung tak sedar perubahan kau. Tiap-tiap malam kau menangis hiba diatas sejadah bila kau ulang baca email yang sama, dan tatap gambar yang sama kat desktop kau selama kau jejakkan kaki kat bumi inggeris ni. Saat kau menangis kehibaan di atas tikar sejadah, aku rasa terkesan dengan kesyahduan dengan kekhusuykan kau mengadap sang pencipta, hinggalah aku tau yang punca tangisan kau..
"...Idlan Haidar, perubahan hanya kerana kecintaan yang mendalam pada seorang wanita boleh menghancurkan diri suatu hari nanti.” Pacai tunduk, nafas ditarik perlahan. “ Aku harap kau fikir terbaik untuk diri kau. Aku tak nak sahabat aku kecundang kerana cintakan manusia yang nyata hanya cinta yang sementara.” Pacai menepuk lembut bahu Eid, dia bangkit dari katil melangkah ke luar.
“ Kerana ‘dia’ aku menjadi diri aku sekarang, kerana ‘dia’ aku mula mengenal erti kehidupan, tanggungjawab, dan kerana ‘dia’ aku mula membina arah tujuan hidup. She turn over a new leaf into my life. Aku, Idlan Haidar Tarmizi enam tahun lepas tak sama dengan sekarang. Sangat berbeza! Kau pun kenal aku enam tahun lepas macam mana. Even not totally as a friend. Aku seorang manusia yang bongkak dan jahil dengan kehidupan. Dan ketika itu kita hanya sekadar teman sekelas. Kita dari dunia yang berbeza, sebab tu aku tak layak berkawan dengan orang sebaik kau. Kejahilan yang kau nampak dalam diri aku pada saat tu hanya luaran. Hakikatnya ‘dia’ yang merasa setiap kesakitan dan kesedihan atas perbuatan dan kehancuran diri aku. ‘Dia’ ada diketika aku senang dan susah, ‘dia’ try buat yang terbaik untuk turnover aku. ‘Dia’ trust aku disaat semua orang disekeliling aku hilang percaya.
Sungguh aku rindu dia Pacai…andai masa boleh diputar kembali pasti aku akan menghargainya, tapi semua tu mustahil…janji Allah s.w.t tu pasti, setiap yang hidup akan mati dan yang mati tak kan hidup kembali. Dia anugerah terbaik yang Allah s.w.t kurniakan untuk aku. Dia hadiahkan segunung kegembiraan dan kebahagian kepada orang disisinya, tapi dia pergi meninggalkan dunia yang fana ni keseorangan…tanpa sesiapa pun disisinya…” air mata lelaki yang bernama Idlan Haidar Tarmizi gugur buat pertama kalinya.
“Dia pergi buat selama-lamanya Pacai…Dia insan yang bernama Nur Damia Husna Tarmizi…” Eid tarik nafas panjang, air mata lelakinya laju menuruni lekuk pipi.
Di saat dia disisihkan kami sekeluarga, dia masih senyum. Di saat dia diuji dengan ujian yang berat dariNya, tiada kata keluhan, tiada air mata yang mengalir menemani dirinya. Aku buta menilai kasihnya. Sungguh aku kagum dengan ketabahan dirinya, dari umurnya 12 tahun dia hidup tanpa kenal erti kasih sayang. Dia seorang yang pemendam, yang membuatkan orang melihatnya tanpa masalah…sehinggakan aku rasa dia seorang manusia yang paling gembira didunia ni, sentiasa mengukirkan senyuman ibarat dirinya bebas dari masalah. Kau tau dia tak pernah sekali pun menangis depan kitorang! ‘ bibirnya mengukir senyuman diluar sedar. Even dia luka terjatuh dari basikal, tak setitis air mata pun gugur dikelopak matanya…she still twelve years old at that time Pacai! How she can be so strong dengan umur sejagung tu?" Kisah yang hanya dia tahu…
“ Hinggalah suatu ketika… dia jatuh sakit. Dia pernah kata dia jatuh sakit sebab Allah s.w.t sayang dia lebih.” Eid tarik senyum luar sedar. Masuk bulan kedua, sakitnya makin melarat, dan buat pertama kalinya kami melihat air matanya mengalir laju menuruni pipinya, dan buat pertama kalinya aku dapat melihat raut mukanya yang dibasahi air mata. Dia insan istimewa yang terpilih untuk memikul ujian yang seberat itu. Kerana aku tak mampu jika aku ditempatnya..
Setelah mendapatkan rawatan dihospital, dia disahkan bebas dari sebarang penyakit, sedangkan dari hari ke hari keadaanya makin teruk. Kadang-kadang dia lupa siapa dirinya. Dia hanya merenung kosong ke arah dinding. Pada ketikanya dia meraung kesakitan dan di saat tu air matanya tumpah lagi. Bermula detik itu, air mata menjadi teman setianya. Tiada lagi senyuman, tiada lagi kata-kata menyakat dari ulas bibirnya.
Setelah parents aku ambil keputusan untuk mencuba rawatan perubatan islam dibanyak tempat yang kiranya dah tak terhitung, dia dikatakan terkena buatan orang. Keadaannya still tak berubah hingga lah dia terpaksa tuang sekolah selama tiga bulan berturut-turut. Dia tiba-tiba bangkit setelah setengah tahun aku kira dia give-up. Tiada siapa tahu kisahnya, dia still sama…pemendam. Malah aku rasakan dia makin jauh dari kitorang. Dia hanya berkomunikasi bila ditanya. Banyak masanya dihabiskan menahan kesakitan yang menyerang. Sehinggalah dia bangkit, dia try senyum even pahit…
Aku tak pasti dari mana dia mendapat semangatnya. And no one care about it…dia try survive seboleh yang dia dapat without meminta pertolongan orang lain. Pernah suatu hari kitorang terdengar hentakan yang kuat didinding biliknya. “Kau tahu kenapa?” dia hentakkan kepalanya didinding bagi menghilangkan kesakitannya, sebab tak nak pa dan ma aku tahu yang dia sakit. Dia selalu berpura-pura yang dia ok…sedangkan tangan dan kaki dia dah shaking giler. Almost the time dia berjaya dengan actnya. Terlalu banyak penderitaan yang dia lalui tapi dia berjaya tunjuk seolah-olah dia normal dengan caranya…sehingga kekadang kitorang terlupa yang dia sakit. The way she treat herself drive her own self now. A graduate of business admin at University of Warwick,UK. Dan itulah hadiah yang paling berharga yang dia tinggalkan untuk kami tanpa sempat dia meraikannya, tanpa sempat dia merasakan manisnya ucapan tahniah atas kejayaannya.
Dia hilang selama tiga tahun…yang aku kira disebabkan kelukaan hatinya, tapi tak seorang pun antara kami menyedarinya. Kesabaran yang ada padanya pada saat tu mungkin dah senipis kulit bawang. Bahagia yang dicari…tapi kelukaan yang hadir. Dia pergi… tak siapa tahu ke mana. Hilangnya mungkin untuk mengubat hati, tapi dianggap dia nak survive dengan cara hidup dia sendiri. Kejam kan?... Tiada siapa yang tahu apa yang ada dalam hatinya… hilangnya diri Nur Damia Husna atas sebab apa… kelukaan yang tak pernah tertafsir…kesedihan yang tak pernah terungkap…dan dia tetap pergi…
Perginya dengan harapan akan kembali… namun dia pergi…untuk selama-lamanya… Perginya dia tanpa sempat merungkaikan satu pun kisah hidupnya… perginya Nur Damia Husna tanpa sempat aku hulurkan salam kemaafan padanya, perginya dia merobek dua keping hati tua yang menyedari khilafnya, perginya dia menghilangkan sirna sebuah kebahagiaan, perginya dia menghadirkan seribu kedukaan… Dan kau tahu apa yang menghibakan di saat jenazahnya sampai? Sepucuk sampul surat yang cukup menujah dada… Tiada kisah-kisah indah yang tercoret, hanya dua keping tiket penerbangan ke UK dan sekeping surat tulisan tangan yang memohon kemaafannya dan amanat terakhirnya agar kedua ibu bapaku menghadiri majlis konvokesyennya untuk menerima segulung master yang dihadiahkannya khas untuk papa dan mamaku. Hadiah terakhir darinya…
Hilangnya dia tiga tahun lepas terjawab dengan segulung master yang diperolehnya. Jenazahnya diketika itu cukup indah… Dia tersenyum seolah-olah bayi yang baru dilahirkan. ‘Subhanallah!’ DIA maha berkuasa… Ya Allah engkau berikan dia kesakitan, kedukaan, kesedihan dan ujian demi ujian…seolah-olah tiada bahagia untuknya…namun tiada yang mengetahui keindahan disebalik perancangan-MU… kau hadiahkanlah kebahagiaan yang kekal abadi untuknya diakhirat kelak…maha besar kuasa Mu, ya Allah s.w.t.
“Pemergian insan yang bernama Nur Damia Husna meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keluarga aku, lebih-lebih lagi aku. Aku mula tersedar dari lena yang panjang. Ternyata gurauannya dulu menjadi kenyataan.” Nafas ditarik panjang, secebis senyuman diukir payah.
Aku pernah benci dia suatu ketika dulu. Dia terlalu terbuka dalam melahirkan rasa. Dia tak suka cara hidup aku, dia selalu tegur aku. Aku hanya buat endah tak endah. Sampaikan satu tahap kesabaran dia dah runtuh dek kemarahannya, menyebabkan dia langsung tak bercakap dengan aku. Pada waktu tu dia bukanlah seorang penyabar, tapi seorang pendendam. Dia akan melahirkan eksperasi mengikut apa yang dia rasa. Dan itu yang membuatkan aku benci dia. Dia selalu melebihkan adik lelaki aku dalam apa hal. Seolah-olah aku bukan sesiapa bagi dia. Ya…aku cemburu dengan keprihatinan dia pada adik lelaki aku…
Dan sekarang semua yang berlaku tu dah terjawab. Silap aku, tak memahami dia. Dan salah kami sekeluarga kerana tak pernah cuba memahaminya…
“ Maksud kau ?” Pacai curious.
“ Dia tinggalkan email untuk aku, yang menyebabkan aku mula mengenali insan yang bernama Nur Damai Husna… Sayangnya agak terlambat…”
Pacai menepuk bahu Eid lembut.
subject : Assalamuallaikum w.r.b.
from : nur_damia@yahoo.com
Salam Eid. Sihat? Rasa kekok lak kak Damia nak taip email segala magai ni. :D
Mesti Eid gelakkan akak kan…>_< so far..cam ner your life? Dengar citer Eid sekarang busy lepak memanjang. Bangga gak kak Damia. Sekurangnya ada gak la keje yang Eid buat kan? Mama dah bising kat akak yang Eid selalu keluar malam. Bila kena tegur Eid punyer alasan memang akak salute la! :] tak payah susah-susah mama citer, akak dah boleh hafal punn :P
Your alasan ‘ala rilex la ma, Eid kan baru habis exam, time ni la nak qada balik yang lepas-lepas punyer, lagipun bukannya Eid tak balik langsung. Pukul 6 pagi Eid dah jejak lantai rumah pe. Kira ok la dari Eid tak balik langsung.’ Kalo buat skrip drama pakai ayat Eid ni memang melet0p la. :] sama like akak cakap ngan Eid before ni la. But tak tembus kat hati Eid pun kan? Tinggal jejak pun akak rasa tak. Kadang-kadang rasa give up dengan Eid, sampai akak ambik keputusan tak nak campur dah hal Eid. But akak tak boleh…kesian Ma ngan Pa. Kalau semua lepas Eid cam tu jer, kesian gak kat diri Eid. Maybe Eid tak faham sekarang. But nak tunggu Eid faham akak rasa a bit late dah bila masa tu sampai dan rasanya akak pun dah tak de…haha..*just joking*
Akak faham Eid muda lagi, baru 17tahun, time tuk enjoy. Akak tak pernah halang Eid nak hang out dengan member Eid, tapi Eid seolah-olah tenggelam dengan keseronokn dunia. 24 hours enjoy…tu ke cara hidup as a muslim? Mana tanggungjawab Eid kat Allah s.w.t? Kat Ma? Kat Pa?Kat adik-adik? Memang Eid takkan terjawab, sebab tanggungjawab kat diri Eid pun Eid failed…
Akak tak tau apa yang ada dalam hati dan kepala Eid. Cuma bila tengok life Eid cam ni…satu jer yang lahir dalam diri akak. SEDIH. Akak tak de something yang berharga untuk bagi Eid… Akak just mampu bagi sekalung doa disetiap kali solat, moga-moga Eid berjaya di dunia dan akhirat.
Idlan Haidar Tarmizi…
Hidup bukan sesimple A,B,C…
tak semudah 2+2, 3x5…
Hidup menuntut seribu pengorbanan, ketabahan, tanggungjawab dan keredhaan
yang akan dibalas disana nanti…
dunia hanya persinggahan, akhirat yang kekal abadi…
setiap perbuatan ada balasannya…
setiap pengorbanan ada hikmahnya…
setiap tangisan akan berhujung dengan senyuman…
ketakutan akan berakhir dengan rasa aman…
kegelisahan akan sirna oleh kedamaian…
hanya jika kamu mengakui keesaan Allah s.w.t sebagai tuhanmu, islam sebagai
agamamu, al-Quran sebagai petunjukmu, Muhammad nabimu, kaabah kiblatmu dan
solat sebagai tiang kehidupanmu.
“Jika iman telah lenyap, maka tiada lagi rasa aman, dunia dah tiada erti…
Jika agama tak lagi dijunjung, maka kehancuran akan menjadi teman setianya…”
Belum terlambat iuntuk Eid berubah. Selagi nafas berhembus, selagi nadi berdenyut, selagi mata terbuka tak de alasan untuk tak leh berubah. Ajal maut tak kira umur. Jangan jadikan usia as tiket untuk Eid lupa siapa diri Eid, lupa tanggungjawab yang Eid kena pikul as hamba kepada-Nya, as anak lelaki dalam keluarga, as abang kat adik-adik Eid…
Akak flashbackkan apa yang dah berlaku dalam family kita sepanjang hidup kita hingga saat ni….
Alhamdulillah kita datangnya dari golongan yang senang. Cukup makan dan pakai even kita from a big family. Ada ma, pa, along, angah, k.Damia, Pa’an, Eid,Diba dan Uan…diantara kita bertujuh the most yang akak paling rapat dengan Diba dan Uan. Dan the most yang agak berproblem, Eid dengan along… Bagi akak tu normal sebab korang tengah membesar, lagipun both of u lelaki. Tapi makin hari makin teruk. Kalau Eid kat tempat akak, paling teruk apa yang Eid akan rasa?
Kadang-kadang akak terfikir apa yang ada kat hati and kepala Eid. Apa yang Eid nak sebenarnya? Apa yang membuatkan Eid jadi cam ni. Akak tak dapat jawapannya…
Akak rasa akak kena ubah Eid before Eid tak terkawal. Lagipun along dah susah nak turnover balik. Dia dah jauh…tapi tak bermakna akak berhenti mencuba.
Akak bukan nak tunjuk or berlagak akak baik..akak bukannya ada apa pun. Kalau nak dibandingkan dengan Eid memang tak terbanding pun... Eid punyer ilmu agama lagi luas dari kak Damia… kadang-kadang akak menyesal sebab tak pilih sekolah agama, but setiap yang berlaku ada hikmahnya. Akak boleh jadik diri akak seperti sekarang bukan mudah… Akak terpaksa bangkit bilamana akak dah rasa give-up sesangat dengan life…
Comments
Post a Comment