Si Kerikil




"Kenapa kau bersedih wahai sang pokok?"

"Manakan aku tak bersedih. Tika aku lebat mengeluarkan buah, aku ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh tuan ku. Namun semenjak usia ku makin bertambah, aku tak lagi dipeduli. Dan sering ditohmah ditendang dipukul sehingga bentuk ku makin bertambah usang.."

"Sabarlah teman..." Memujuk.

"Bertuah engkau wahai si kerikil... Engkau kebal dengan tohmahan dan tumbukan yang diterima..."

Senyum. "Lupakah engkau duhai teman..."

"Kenape?"

"Air yang menitis diatas batu akan meninggalkan bekas?"

Terdiam.

"Walau aku kerikil yang kebal dan padu, aku juga masih punya perasaan. Masih ada jiwa. Sama seperti si batu. Jika terlalu lama menerima tumbukan, ia akan berbekas."

Tunduk. Sedih.

"Temanku sang pokok..sinarkanlah "BEKAS" itu dengan REDHA. Allah telah menetapkan jalanan takdir itu terbaik buat mu. Indahkanlah diri mu dengan sabar kerana sabar itu indah. Jika sabar menghiasi diri, keindahan diwajah mu akan terserlah."

Senyum.

"Allah bersama mu wahai penyabar..."

Alhamdulillah...

Dan ingatlah! Jangan sampai sabar itu memakan diri mu apabila kamu bersabar dengan kemungkaran. Seorang suami akan dianggap dayus dan pengecut jika dia melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain tanpa perasaan. Sabar memerlukan tindakan. Bertindaklah mengikut keadaan. Tindakan mestilah rasional dan bersesuian. Jika emosi menjadi raja, sabar tidak lagi bermakna...

“Rasulullah SAW bersabda, “Kesabaran merupakan “dhiya’” (cahaya yang amat terang).
-HR Muslim-


“Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.”
-HR Baihaqi-




Sabarlah dalam bersabar nescaya tidak akan timbul persoalan “Sampai bila aku perlu bertahan?”...
Mujahadah dalam bersabar bukan mudah; tetapi tidak MUSTAHIL..



–nk

Comments

Popular Posts