Tudung Yang Koyak
“Eh tudung kau
koyak la!”
“Tu la, jangan
dok menyebok sangat.”
“Err..”
“Kan Allah dah
bayar cash..”
Tunduk. Diam. Bisu.
Tudung yang
koyak masih boleh ditampal. Tutur yang koyak rabak tak akan pernah mampu
ditampal dan dijahit kembali.
meNYEBOK vs
meNENGUR. Ada beza.
Mungkin dia
hanya pandai baca jawi. Tu pun still merangkak. Mungkin dia hanya tahu solat
lima waktu, sekali dua kala buat sunat dhuha. Mungkin dia hanya mampu doa dalam
bahasa melayu, adakalanya tercungap-cungap bertatih menghafal. Ya, dia tak setanding
mu. Dia tak sehebat mu. Tapi dia HEBAT disisiNYA.
“Huh? Kau ni
pakai falsampah per yang sesat sangat ni?”
Orang yang
terpuji dengan ketinggian IMAN didadanya; tak kan mendongak pabila berjalan. Tak
kan mendabik pabila bertutur. Tak kan menghina pabila ditegur. Kerana MUQMIN SEJATI itu sentiasa merasa hina dengan dosa-dosanya. Sentiasa menyesali dengan tutur
katanya. Sentiasa sibuk menghitung lopak-lopak langkah yang sumbang iramanya. Kerana yang diangkat sebagai jurinya hanyalah DIA.
Tunduk.
Dia tegur kerana kasih. Walau apa jua caranya yang adakalanya menghiris dan mengguris ianya tetap datang dariNYA; bukan sekadar parutan luka tanpa balutan kasihNYA.
Bukankah setiap manusia itu berbeza? Dan kita juga pernah SILAP, pernah MARAH, pernah MENENGKING, pernah terGURIS.
Berlapang dada. Be +ve.
"Tapi susah..."
Kerana syurga itu dihuni oleh orang-orang yang berjihad.
"Jihad? Perang la?"
Jihad saat kehidupan tak pernah mudah baginya. Saat kaki tak mampu melangkah; dia tetap tersenyum dalam tatih. Kerana dia tahu adanya DIA disetiap langkah.
"Boleh ajarkan saya tuk jahitkan koyak tu?"
Mendongak. Senyum. "Tengs sebab tegur. Kalau awak tak tegur, koyakkan ni mungkin bertambah besar. Dah tak mampu lagi ditampal."
Rembesan air mata tak mampu diseka.
Hina itu DIA yang meletakkan
Hukuman itu hakNYA
sebagaimana
Kesilapan datang bersama kemaafan
Kebahagiaan adalah pelangi dibalik rembesan hujan kehidupan..
"Awak tak malu ke tudung awak koyak?"
Geleng.
"Semua orang gelakkan awak..."
"Tak pe.." Senyum.
"Kenapa?"
"Sekurang-kurangnya DIA masih sudi tegur saya.."
"Huh?" Bingung. Kelam.
"Adakalanya saat kita berjalan, kita tak sedar yang kita dah hampir tersasar dari jalan yang kita tuju dek kerana tertipu dengan jalan-jalan yang terhias indah."
"Kaitannya?"
"Saya juga manusia yang selalu alpa dan banyak khilaf. Jika DIA tak tegur, mungkin saya akan hanyut. Dan tak mustahil saya tak mampu lagi pulang ke pelabuhan. Apelah sangat dengan koyakan tudung ni..andai campakkan tarbiyyahNYA lagi hebat tak kan pernah mampu disyukuri walau dengan air mata.."
"Tak sakit ke diorang gelakkan awak?"
"Lagi sakit bila DIA sepi dan jauh dari saya.."
"Saat saya marah marah dan hina awak?"
"Saya hanya mampu menangis.." Mata bertembung. "Terima kasih.."
"Huh?"
"Dah lama saya tak menangis..kerana DIA. Dah lama saya tak menyesali noda dosa yang saya lakar. Dah makin jauh saya hanyut membiarkan arus dunia mengemudi.."
"Awak...sangat pelik!"
Senyum. "Tak ada yang pelik tika jasad yang berlumur hina ini disirami salju kasihNYA.."
Terdiam.
"What makes you be as strong as this?"
Tika langit runtuh
tiada tasbih yang mulia
melainkan senandung memuji kebesaranMU
Tika diri mula butuh
tiada tugu yang bisa memaut mu utuh
melainkan tiang solat yang kau bina sedari kau mengenali siapa Tuhan mu
Life is a game
You have a choice either to play or quit
But you will never know how its going on
If you don't dare to take a risk
Tudung yang koyak
masih boleh ditampal
Iman yang koyak
masih boleh kembali dijahit
Tutur yang koyak
tak mampu dibaik pulih
–nk
Comments
Post a Comment